Selasa, 23 Februari 2016

PROGRAM PERTOLONGAN CEMAS UNIT BERUNIFORM SK DESA PUTRA

Pada 9hb. April 2011 telah diadakan satu Program Pertolongan Kecemasan Badan-Badan Beruniform yang dianjurkan oleh Unit Ko-kurikulum SKDP bersama guru-guru praktikum dari Institut Perguruan Islam, Bangi. Program ini diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Desa Putra bermula jam 9 pagi. Semua murid tahun 4 dan 5 terlibat dalam program tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah kesedaran keselamatan, kaedah balutan kain anduh dan teknik-teknik menyelamat. Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pn. Asmah bt. Ismail selaku Guru Besar SK Desa Putra. Turut hadir Tn. Hj. Hatta b. Zakaria YDP PIBG SK Desa Putra.
kusyuk mendengar
nampak tak
ramai

kenal saya?
kain kapan ke ni?
senyum maa..

buat ikut kumpulan tau
macam ni ke tuan?
buat sampin pun boleh ni?

alamak! jangan mati betul-betul tau?
boss turut serta
kamu tak pernah lipat kain kat rumah ke?

tutup muka sebab hensem sangat hehe..
yang terlibat dan melibatkan diri





Tiada ulasan:

Catat Ulasan