Rabu, 3 Februari 2016

HARI SUKAN KALI KE 32

Temasya Sukan SK Desa Putra kali ke-32 Tahun 2013


Pada 6 Oktober 2013 (Ahad)Temasya Sukan SK Desa Putra kali ke-32 telah dirasmikan oleh YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif, ADUN Dengkil bertempat di padang SK Desa Putra.
Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti Larian Komuter Tahap 1, Lari Berpagar Tahap 2, Larian ERL Tahap 1 & 2 dan Save The World Tahap 2.
Pihak sekolah sangat berbesar hati dengan kehadiran ibu bapa yang turut memeriahkan lagi temasya sukan. Ucapan setinggi penghargaan terima kasih ditujukan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan temasya sukan kali ini iaitu YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif (ADUN Dengkil), En. Zuhaimi b. Md Nasir (wakil PPD Sepang), Mutiara Kalim Enterprise, Nyky Trading, T.S. SIDI Guardforce, Restoran Arham, AJK PIBG serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Gambar-gambar sekitar Temasya Sukan kali ke-32
Yang Berusaha, Pn. Asmah bt. Ismail sedang menyampaikan ucapan aluan.
YB Shahrum b. Dato' Mohd Sharif sedang menyampaikan ucapan perasmian.



Perbarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan.

bacaan lafaz ikrar Sukan.

Acara Lari Berpagar.

Larian Komuter (lari dalam guni).

Barisan VIP sedang menyaksikan temasya sukan.

 
Acara yang dipertandingkan bagi acara Ibu Bapa adalah timang bola takraw dan menjaring bola.

 
Pn. Asmah bt. Ismail, Guru Besar SK Desa Putra merakamkan kenangan bersama pemenang.





Bestnya dapat hadiah....



Tahniah buat pemenang...

En. Azmin b. Mohd Saleh, salah seorang pemenang bagi acara Ibu Bapa kategori Lelaki.



Salah seorang pemenang bagi acara Ibu Bapa kategori Perempuan. Tahniah!

Johan: Rumah Merah; Naib Johan: Rumah Kuning;
Ketiga: Rumah Biru; Keempat: Rumah Hijau.

Johan Temasya Sukan Tahunan kali ke-32 dimenangi oleh Rumah Merah

Naib Johan Temasya Sukan Tahunan kali ke-32 dimenangi oleh Rumah Kuning.

TAHNIAH BUAT SEMUA!!!

Sorakan hep, hep, horeyyy....yeahhh...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan